Make your own free website on Tripod.com
Cerita- Ceriti

Tepon
Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru...al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business...tak tahu lah business apa...nanti aku tanya..!!
Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya...ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu... almarinya..stationerynya la...tong sampahnya la... dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon...!! Dia ni boss kat pejabat tu...selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu...ye laaa...boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu......berangan ni...!! Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar...ah!!...mesti pelanggan datang ni...lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk... masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar - juta2x...pura pura kat depan orang yang datang tadi...orang yang datang tadi hanya:duduk diam tak kata apa apa... Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu...lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi...errr!...maaflah... sibuk sikit...maklumlah projek tu...projek ni....tak boleh nak biar...kena arrange appointment dengan client...so...boleh saya bantu?? Dengan selamba pelanggan itu kata...
"Err...encik...saya ni dari Syarikat Telekom... datang nak sambung talian talipon...!!"


Cikgu
Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini  adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.  Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak  tahu  ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah ?

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa  dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tenteng perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawad dengan sepat, lawan bagi  perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana  guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu  tadi,  tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.


Pengalaman ku yang pertama.....
Malam itu bulan mengambang penuh. Sejuk dan sunyi, seolah-olah merestui apa yang akan ku lakukan. Namun jantungku berdebar kencang kerana aku tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Sejak awal malam lagi aku sudah mula risau.

Pengalaman yang ada cuma dari cerita orang saja. Dialah yang pertama bagiku. Malam sudah hampir subuh. Aku masih terpaku lagi. Dapat kurasa kehangatan badannya di sisiku. Orang lain semua masih tidur. Kata orang inilah masa yang paling sesuai…. sebelum subuh…. sebelum matahari terbit

Ahhhhhhhhh!!

Aku lelaki, aku mesti boleh melakukannya. Mesti…. mesti…. mesti!! Ku beranikan diri. Ku pandang saja. Dia diam saja. Ku renung matanya… Dia masih diam. Aku tahu dia menunggu aku. Akulah yang mesti memulakannya. Mesti… mesti… mesti !! Denyutan jantungku bertambah kencang. Kuberanikan diri lagi. Ku pegang kepalanya. Dia masih diam. Perlahan, ku raba belakangnya. Ohhh…! Dia bergerak. Mungkin geli. Denyutan jantungku tidak terkira lagi. Ku pandang punggungnya yang bulat…. besar.. terlintas di fikiranku…. gatal di hatiku makin menjadi-jadi. Ku pegang punggungnya yang pejal. Ku dengar deru nafasnya. Jantungku hampir meletup kurasa. Geramku tidak terberdung lagi. Kini aku sudah nekad. Ku pegang susunya. Ohhhh! Alangkah lembutnya… alangkah halus kulitnya. Ku ramas perlahan…. dia menoleh!! Hampir pengsan ku rasa. Namun aku tahu aku sudah bersedia. Adakah dia tahu aku akan….? Aku terus duduk. Aku sudah tidak malu lagi. Aku sudah tidak takut lagi. Aku kangkangkan kedua kakinya. Ku letakkan kedua tanganku pada susunya… besar dan penuh. Ku ramas pelahan. Lagi.. dan lagi. Kini baru ku tahu… kini aku sudah rasa…. bagaimana seronoknya… memerah susu lembu.


Jam
Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jamtangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaik jam bertanyakan tentang harga jam itu.
"Seribu ringgit, " jawab lelaki itu dengan bangga.
"Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"
Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab,
" Di sinilah! "


Ayam
Selepas berjaya mencuri tiga ekor ayam, seorang pencuri segera pergi mendapatkan seorang pembeli ayam.
" Saya hendak menjual ayam-ayam ini , " katanya.
" Dari mana kamu dapat ? " Tanya pembeli ayam.
" Saya mencurinya , " jawab pencuri itu.
" Tidakkah kamu tahu mencuri itu salah di sisi undang-undang dan berdosa di sisi agama ? "
" Saya tahu, " jawab si pencuri , " sebab itulah saya tak mahu simpan ayam-ayam ini . "


Janda
Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.
" Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang manja.
" Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
" Baguslah , " kata janda itu pula.
" Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara..... "


Bertengkar
Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
"Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "


Eksiden
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil  membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah,"
Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah  tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni.". Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka  yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya  tercinta.    Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam.  Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan  isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya  semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera  sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula  memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga  betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang   tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari  tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza  takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya  tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya  memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."  Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam   sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BANG!!…
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka  matanya. Dia terlihat emaknya di situ.    "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak  saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.
Usin tak dapat menahan  kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!…
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin  terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu  la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya  terus merungut sambil berlalu keluar.......dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!